Saya tdk berpuas hati pekerja kaunter Malindo bahagian check-in di KLIA2 yang sangat biadap terhadap suami saya hanya kerana suami saya warganegara Pakistan. Pada 20 Jan 2016 sebelum pekerja airline ni memberi tiket , Mereka membuang buang dan membelek belek secara kasar passport suami saya dan mengugut suami saya. Suami saya telefon saya menyatakan mereka hendak bukti surat dari imigresen yang menyatakan ada panggilan dari imigresen untuk buat naziran terhadap kami. Yang saya sangat pelik, mereka hanya pekerja airline tapi guna kuasa seperti pegawai imigresen. Saya terus tanya pegawai imigresen Kota Kinabalu Sabah dan mereka tidak pernah menyuruh pekerja airline mewakili kerja mereka. Saya harap sebagai warganegara Malaysia, janganlah berbiadap terhadap orang lain tambahan pula bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan. Cuba selesaikan masalah bukan merumitkan keadaan.
4
Comments
No comments yet, be the first to write one.

Malindo Air
Overall Value for Money
Seat and Cabin Space
Customer Service
In Flight Entertainment
Baggage Handling
n/a
Check-in Process
n/a
Meals and Beverages
Recommend Airline